Baiklah. Rugi rasanya jika aku tidak berkongsi pengalaman travel aku pada tahun 2014 ini memandangkan 2014 akan melabuhkan tirainya dlm masa 2 minggu saja lagi. Boleh dikatakan tahun ini adalah tahun berjalan bagiku dan suami samaada dalam atau luar negara. Banyak org kata jalanlah sepuas mungkin selagi belum ada anak sebab bila anak dah susah nak jalan2. Sebenarnya aku pun xberapa faham dgn ayat tu sebab pada pendapatku bila ada anak bawakla anak (atau anak2) jalan sekali. Lagi best. Bila difikir2 balik ooo maybe sebab faktor kewangan yg punca org susah nak berjalan bila anak dah ramai. Dan atas pandangan ini jugalah aku selalu berfikir positif bahawa Allah mahukan aku dan suami untuk berdua dan berjalan2 di atas muka buminya melihat tamadun bangsa lain dan keindahahan dan kebesaranNya. Alhamdulillah setiap peluang yg kami perolehi bila travel kami nikmati pengalaman itu.
Oops terpanjang lak entri. Okla di sini aku mahu menceritakan pengalaman percutian kami ke Medan-Danau Toba-Brastagi yang berlangsung sekitar bulan Februari 2014 yang lalu. Kami pergi xlama hanya 3hari 2malam sahaja sebab masa booking tiket AA dulu takut suamiku xdpt cuti kalau cuti lama2 so kami plan pegi 3hari saja. Dan bila dah sampai sana satu penyesalan sbb xpegi lama2! 3 hari xcukup beb! Ala kulli hal aku dah pasang niat siap2 utk pegi lagi ke danao toba dan brastagi lps ni sbb aku sgt suka cuaca yang sejuk dan nyaman... ala2 cameron gitu.
Ini adalah hotel Toledo Inn di Pulau Samosir. Best sangat.. Hotel nya xda aircond atau kipas sbb udaranya mmg sejuk.
Ini adalah pemandangan dari hotelku. Tetiba ada jetski melintas ke hulu ke hilir dgn laju lalu aku rasa sgt cemburu sbb xdpt naik disebabkan masa yg suntuk.huhu... Untuk pengetahuan aku sampai di hotel jam 7pm dan harus meninggalkan pulau ini jam 7am keesokannya disebabkan perjalanan ke Brastagi yang jauh. Sebab tu aku tekad utk dtg lagi tempat ini bersama keluarga ku satu hari nanti inshaAllah..
Memperkenalkan Raja dan Permaisuri Batak ehehehe..
Disebabkan percutian ku ini melalui Agen Travel maka segala makan minum, hotel, penginapan telah diuruskan. Bawa duit utk shopping saja. Satu perkara yang aku rasa terover dgn Agen ni ialah bab makan dia waduhhhh mau meletop perut guwe...! Lauk dia mcm nak kasi 5-6 orang makan padahal yang makan kami berdua saja. Menurut Pak Supir tu bos diorang saja kasi makan byk sbb xmau kita rasa lapar katanya dan ada kenangan yg manis di sana. Waduh pak kok iye pun byk banget itu!
Harus diingat perjalanan pulang dan pergi ke Pulau Samosir ini kena naik feri, dgn kereta2 sekali naik ok. Semua kenderaan ke sini adalah jenis seperti Avanza atau Innova sbb kwsn tanah tinggi kena mendaki turun naik bukit. Masa mula2 naik feri ni akan ada anak2 orang Batak yang sanggup berenang ikut feri ni jalan semata2 mengharapkan penumpang2 ni bagi duit syiling. Aku xcapture pun gmbar diorang sbb ada yang bogel huhu... Tapi mmg salute aku dgn budak2 ni panjang berenang sampai ke tengah tasik Danau Toba. Kalau aku mmg dah lama tenggelam sbb xpandai berenang.
Ok itu entri utk kali ini inshaAllah ada sambungannya nanti.
Stay tuned :)
No comments:
Post a Comment